Berita Kesihatan

covid

Berita Kesihatan   |   September 6, 2021

Kes baru Covid-19 kini melepasi tahap 21,000

Kes baru Covid-19

Malaysia mencatatkan rekod tertinggi baru bagi kes Covid-19 hari ini. Berdasarkan data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia, sehingga tengah hari tadi sebanyak 21,668 kes baru dikesan.

Selain Lembah Klang, ada lima negeri lain yang mencatatkan rekod baru sebanyak empat angka dengan Sabah dan Kedah masing-masing mengesan lebih 2,000 kes.

Johor dan Sarawak juga mencatatkan jumlah kes baru tertinggi.

  • Pesakit sembuh: 17,687 kes
  • Kes baru: 21,668 kes
  • Kes aktif: 237,021 kes;
  • Pesakit di ICU: 1,059
  • Pesakit perlukan bantuan pernafasan: 543 kes
  • Kematian : 318 kes 

Kes kematian hari ini merupakan kedua tertinggi yang pernah dilaporkan, selepas 360 kematian yang dilaporkan pada empat hari lalu (8 Ogos).

Angka 318 kematian hari ini, bersamaan dengan kira-kira satu kematian bagi setiap empat setengah minit. Jumlah pesakit Covid-19 yang telah terkorban di Malaysia setakat ini adalah seramai 11,691 orang.

Seramai 79 pesakit yang dilaporkan meninggal dunia hari ini tidak memiliki sejarah penyakit kronik, manakala 93 pesakit meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital.

Kes kematian hari ini dilaporkan di Selangor (118), Johor (52), Kuala Lumpur (45), Sabah (28), Kedah (19), Pulau Pinang (10), Melaka (10), Perak (9), Pahang (8), Negeri Sembilan (7), Terengganu (4), Kelantan (4), dan Sarawak (4).

Kluster

Sebanyak 45 lagi kluster baru dikesan hari ini, menjadikan jumlah kluster aktif pada masa ini sebanyak 1,281 kluster.

Daripada jumlah itu, sebanyak 30 kluster dalam kategori tempat kerja, disusuli dengan 11 kluster komuniti dan masing-masing dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan tinggi.

Berikut ialah kes baru mengikut negeri dan jumlah kumulatif kes:

  • Selangor: 6,278 (491,292)
  • Kuala Lumpur: 2,436 (148,846)
  • Johor: 1,706 (106,427)
  • Sabah: 2,052 (100,031)
  • Sarawak: 1,216 (84,603)
  • Negeri Sembilan: 899 (82,470)
  • Kedah: 2,143 (63,433)
  • Pulau Pinang: 1,229 (56,633)
  • Kelantan: 972 (53,633)
  • Perak: 930 (47,570)
  • Melaka: 494 (37,652)
  • Pahang: 629 (31,482)
  • Terengganu: 594 (22,782)
  • Labuan: 11 (9,734)
  • Putrajaya: 56 (4,717)
  • Perlis: 23 (910)